Wednesday 12 February 2014

cukup-cukup sudah...

kenapa ya? hmmm...
pelbagai tanda tanya dan persoalan timbul tatkala hati terdetik..
"apa yang tak kena, sejak dulu lagi.."..
permasalahan ini timbul sejak aku mula mahu mendekati 'nya' namun setiap kali itulah gagal.. ya sejak 13 tahun yang lalu..
sehingga kini aku sudah meningkat dewasa, perkara yang sama berulang lagi..
banyak kemungkinan jika sesuatu itu mengatakan tidak untuk sesuatu perkara. tetapi apakah ia????? 
jika ikutkan hati, mahu sahaja aku menyerah kalah..
tetapi pada hakikatnya, hati ini sendiri yang tidak mahu menyerah kalah..
cukup-cukuplah..
sampai bila lagi?????
13 tahun adalah tempoh yang sangat lama..
jika pada masa itu bayi dilahirkan, di saat ini dia sudah mula melangkah ke alam remaja.. 

setiap kali dikala aku 'give up' mulut akan menyatakan "tidak mengapa. aku redha dengan takdir dan ujian ini. mungkin memang sudah tertulis tiada jodoh antara kami.. Jadi lupakan saja. mungkin 'dia' bukan yang terbaik untukku. masih banyak kumbang di luar sana.."

alhamdulillah da dapat lupa. hati berbunga riang. lalalala(",)..
tetapi semuanya dusta.. semuanya hanyalah untuk sementara..
aku kembali dilanda 'demam ... '..
memori silam kembali menerjah kotak pemikiranku..

ahh, getus hati ini..
sampai bila aku akan menjadi pendamba setia?
Ya Allah kuatkan lah hati ini..

hanya pada Mu tempat aku meminta dan mengadu..

Thursday 3 January 2013

Sabarlah wahai hati

Hati sering berbicara dan tertanya-tanya..
Bilakah agaknya..
Siapakah gerangannya.. 
Bagaimana orangnya..
Cantikkah tingkah lakunya..
Apakah pekerjaannya..
Sudah bersediakah dia..
Mampukah dia menawanku..
Milik siapakah sebenarnya hati ini..
Adakah dia jodohku di dunia dan di akhirat..

Oh wahai hati, sabarlah engkau dalam menghadapi dugaan ini..
Bukankah Allah telah berfirman..  

Firman ALLAH SWT,
Sesungguhnya " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
                                                                                                            (Al-Baqarah: 286) 

InsyaAllah, Allah bersama dengan hamba yang bersama dengan Nya..
Dan ketahuilah engkau bahawa jodoh ini adalah rahsia Allah..
Tiba masanya, semua persoalan dan tanda tanya akan terungkai InsyaAllah..
Jadi, bersabarlah wahai hati..
Jangan berputus asa dan teruskan usaha..
Mencari si 'soleh' yang bakal bergelar suami mithali suatu hari nanti InsyaAllah.. 
Bukanlah yang sempurna kerana tiada yang sempurna melainkan Allah SWT..
Cukuplah sekadar yang dapat menenangkan hati tatkala memandang wajah seiring tingkah lakunya..
Yang sudah bersedia dari segi menyediakan nafkah zahir mahupun batin..
Yang mampu membimbing diri ini ke jalan yang diredhai Allah SWT..
Yang bijak membimbing khalifah-khalifah Allah SWT menjadi muslimin dan muslimat sejati.. 
Juga yang mampu menjadi penghulu keluarga kami.. Amiin Ya Rabbal Alamin..

Ya Allah, bimbing lah hamba Mu ini supaya lebih dekat pada Mu..
Aku redha dan pasrah atas setiap ujian ini..
 

 

Tuesday 1 January 2013

Salam Ukhwah 2013

Assalamualaikum salam ukhuwahfillah.. 

Hari yang indah dan cerah aku mulakan dengan membuka tabir lembaran baru di dalam hidupku..
Memang tak disangka, sekejap je masa berlalu. Baru semalam aku membelek-belek foto masa silam ku. Dilahirkan sebagai seorang bayi montel yang hanya pandai menangis, membesar sebagai anak kecil yang degil, meningkat remaja sebagai seorang gadis sunti yang pemalu dan kini aku adalah seorang wanita yang masih mencari erti kehidupan sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi yang luas terbentang ini...

Semalam juga baru ku rasakan aku sendirian dalam meniti perjalanan hidup ku ini. Pahit getir yang aku lalui sebagai hamba Allah yang kerdil, banyak mengajar dan membuka mata hati ku akan resam duniawi. Jatuh bangun ku, hanya Dia yang Maha Mengetahui. Syukur Alhamdulillah, walaupun begitu aku masih mampu berdiri berkat doa insan yang amat bermakna di dalam hidupku. Tanpa mereka, tiadalah aku di muka bumi ini. Tanpa aku sedari juga, ramai insan-insan yang teguh disisi yang masih menyayangi serta mengambil berat akan ku. Terima kasih yang tersayang, aku kasih padamu semua dan hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian. Memori kita tak akan ku lupakan dunia akhiratku InsyaAllah..

Ya Allah, hanya padamu aku mengadu, meminta dan berlindung. Teguhkanlah iman serta limpahkanlah rahmat yang luas ke atas ku serta insan-insan yang amat ku kasihi dunia dan akhiratku. Peliharalah hati serta diri kami agar sentiasa di jalan yang Engkau redhai di dunia dan di akhirat. Amiin Ya Rabbal Alamin..  

Untukmu tersayang..